Kisah
Abu Bakar As-Siddiq r.a Memeluk Agama Islam
Diriwayatkan oleh Al-Hafiz Abul Hasan
Al-Atrabulasi daripada Siti Aisyah r.a., “pernah pada suatu hari Abu Bakar
keluar daripada rumahnya untuk bertemu dengan Rasullullah s.a.w.’’ –Abu Bakar
adalah seorang sahabatnya – setelah bertemu, Abu Bakar berkata “Ya Abal Qasim!
Aku tidak melihat engkau dalam majlis kaummu dan mereka menuduh kamu telah
menghina ibu bapa mereka .” Rasullullah s.a.w. berkata ,” Sesungguhnya Allah
telah mengutusku dan aku mengajak kamu masuk ke dalam agama Allah,” Abu Bakar
pun terus memeluk agama Islam. Rasullullah s.a.w. pergi meninggalkan Abu Bakar
dan kerana kejayaan itu, tidak seorangpun yang disaat itu melebihi kegembiraan
Rasullullah s.a.w. Abu Bakar pergi menemui Uthman Bin Affan, Talhah bin
Ubaidilah, Zubair bin Awwam dan Saad bin Abi Waqas untuk mengajak mereka agar
memeluk agama Islam. Akhirnya semua mereka memeluk agama Islam. Keesokan
harinya beliau datang menemui Uthman bin Madh’un, Abu Ubaidah bin Jaraah, Abdul
Rahman bin Auf, Abu Salamah bin Asad dan Arqam bin Abil Arqam untuk dipelawa
memeluk agama Islam.
Dalam kisah yang sama, Ibnu Ishaq juga ada
meriwayatkan bahawa Abu Bakar Siddiq r.a bertemu dengan Rasullullah s.a.w. dan
berkata , “Apakah benar wahai Muhammad, tuduhan bangsa Quraisy bahawa engkau
telah meninggalkan agama kami dan engkau menghina pemimpin kami dan ayah kami?”
Jawab Rasullullah, “Ya benar, sesungguhnya Allah telah mengutusku untuk menjadi
rasulNya dan nabiNya sebagai penyampai risalahNya dan aku mengajak engkau
mengikuti kebenaran Islam kerana sesungguhnya agama Islam itu adalah benar. Aku
mengajak engkau wahai Abu Bakar untuk menyembah Allah yang Maha Esa yang tidak
ada sekutu bagiNya dan jangan engkau sembah selainNya dan taatlah kepada
Allah”. Kemudian Rasullullah membacakan sepotong ayat daripada Al-Quran,
sedangkan Abu Bakar tidak mengingkarinya dan tidak pula mengatakan setuju,
namun kemudian Abu Bakar pun memeluk agama Islam dan meninggalkan berhala yang
menjadi sembahan mereka untuk selamanya. Setelah itu Abu Bakar kembali menemui
Rasullullah sebagai seorang yang telah beriman dengan penuh keyakinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan